empty
 
 

Adakah anda mempunyai sebarang soalan?

Kami ada jawapannya. Kami membangunkan bahagian ini khusus untuk soalan yang paling kerap ditanya tentang program afiliasi, syarat dagangan, sistem PAMM, pendaftaran, pengesahan dan isu-isu lain yang berkaitan.
Sistem PAMM
Apakah maklumat hubungan PAMM yang perlu saya masukkan selepas mendaftar dengan sistem PAMM dan ia bertujuan untuk apa?

Maklumat ini boleh didapati untuk kontraktor pelaburan anda. Apabila anda menerima permohonan pelaburan, maklumat ini akan kelihatan untuk anda dan sebaliknya.Ia membentuk komunikasa di antara pengguna sistem kerana syarikat hanya menjadi perantara teknikal yang memberikan jaminan bayaran balik wang dan pengiraan saham pedagang tanpa campur tangan dalam isu-isu lain di antara pedagang dan pelabur.


Apakah akaun mata wang diperlukan untuk mendaftar dengan sistem PAMM?

Hanya akaun dolar AS sahaja boleh di daftarkan dengan sistem PAMM InstaForex. Jika anda tidak mempunyai akaun akaqun dolar AS, anda boleh membuka akaun secara atas talian di laman web syarikat.


Saya merupakan seorang pedagang PAMM dan saya telah menerima permohonan pelaburan. Apakah yang dimaksudkan dengan status "Menunggu Penyelarasan"?

Status "Menunggu Penyelarasan" bermakna pelaburan anda akan diproses secepat mungkin. Semua permohonan pelaburan akan diproses sekali dalam tempoh satu jam.


Saya merupakan seorang pedagang PAMM. Mengapakah tiada peningkatan dalam baki selepas saya menerima pelaburan baru?

Selapas anda klik "Terima Pelaburan", status pelaburan akan berubah kepada "Menunggu Penyelarasan, ini menandakan bahawa anda perlu menunggu sebentar sehingga pelaburan masuk ke dalam akaun. Sekiranya terdapat pelaburan lain yang juga sedang menunggu penyelarasan, maka ia akan dimasukkan ke dalam kaun secara serentak.


Bolehkah anda memberikan jaminan bahawa pedagang PAMM tidak akan mengalami sebarang kerugian dan melenyapkan wang saya?

Sistem PAMM InstaForex tidak memberikan jaminan bahawa pengurus perdagangan PAMM hanya akan memberikan keuntungan. Ini bermakna anda perlu memastikan penyelarasan teknikal di antara pedagang dan pelabur, termasuk pemantauan akaun PAMM, penerimaan wang dan bayaran balik. Oleh itu, sistem PAMM menjamin perlindungan dana anda, ia tidak akan ditarik balik oleh pedagang PAMM. Selain itu, sistem ini akan memastikan bahwa anda boleh menarik balik pelaburan anda dari akaun pedagang PAMM pada notis yang singkat dalam masa 30-60 minit selepas membuat permohonan (bergantung kepada penyelarasan).


Bolehkah pedagang PAMM mengeluarkan dana yang telah saya laburkan?

Sistem PAMM InstaForex melindungi pelabur daripada risiko pengeluaran dana oleh pedagang PAMM. Seseorang pedagang PAMM itu hanya boleh mengeluarkan bahagiannya di dalam akaun PAMM yang tidak melibatkan perdagangan.


Adakah terdapat kemungkinan bahwa permohonan bayaran semula pelabur boleh stop out pada akaun pedagang PAMM?

Sekiranya saham pelabur di dalam akaun adalah melebihi daripada 90% dan terdapat beberapa daripada mereka atau hanya seorang pelabur, maka ia adalah mungkin. Walau bagaimanapun, sistem PAMM membolehkan anda menerima pelaburan dari beratus-ratus pedagang PAMM dan dana daripada beratus-ratus pelabur di dalam satu akaun perdagangan, oleh yang demikian, kemungkinan pengeluaran secara serentak adalah sangat rendah dan secara songsang berkadar dengan bilangan pelabur.


Bolehkah saya mendaftar akaun afiliasi dengan sistem PAMM?

Ya, anda boleh mendaftar akaun afiliasi dengan sistem PAMM, walau bagaimanapun perkhidmatan ini hanya disediakan untuk peloabur PAMM dan rakan kongsi PAMM.


Dimanakah saya boleh melihat keuntungan semasa saya yang boleh saya keluarkan daripada akaun pedagang PAMM?

Pilih sistem PAMM di bahagian kabinet Pelanggan dan klik "Pelaburan Saya". Sila ambil perhatian bahawa pelabur hanya boleh mengeluarkan jumlah pelaburan KESELURUHAN. Jika anda bercadang untuk mengeluarkan sebahagian daripada pelaburan, anda perlu melabur jumlah yang berbeza bagi mmebolehkan anda membuat pengeluaran keuntungan secara berasingan.


Adakah khidmat pemberitahuan SMS tentang permohonan pelaburan baru percuma untuk pedagang PAMM?

Ya, perkhidmatan ini adalah percuma, walau bagaimanapun terdapat had 10 SMS untuk setiap tempoh 24 jam bagi satu akaun.


Bolehkah pelabur PAMM menerima komisen afiliasi dari pedagang PAMM yang didaftarkan dengan akaun afiliasi beliau?

Pada masa ini tidak ada sebarang sekatan ke atas penerimaan komisen afiliasi dari akaun PAMM. Walau bagaimanapun, akaun afiliasi ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat-syarat asas program afiliasi InstaForex.


Saya merupakan seorang pedagang PAMM, bolehkah saya menukar kadar komisen bagi pelabur saya?

Anda telah menetapkan kadar komisen sewaktu mendaftar dengan sistem PAMM. Ia boleh ditukar pada bila-bila masa di Kabinet PAMM, walau bagaimanapun ia hanya akan efektif untuk pelaburan baru. Selain itu, anda boleh menetapkan syarat-syarat, oleh yang demikian pelabur PAMM boleh memilih syarat-syarat melabur di dalam akaun PAMM anda yang paling dia gemari.


Saya adalah merupakan seorang pelabur PAMM, dan saya telah menghantar permohonan pelaburan kepada seorang pedagang PAMM. Beliau tidak memberikan sebarang jawapan sama ada permohonan saya telah diterima atau ditolak. Adakah permohonan pelaburan saya ini sah, dan bilakah pelaburan akan dikreditkan semula ke akaun perdagangan saya?

Sekiranya pedagang PAMM tidak aktif semasa 72 jam selepas menerima permohonan pelaburan, pelaburan akan dibayar semula kepada akaun pelabur PAMM anda secara automatik. Anda juga boleh mengeluarkan dana pelaburan anda jika ia tidak diterima oleh pedagang.


Bolehkah saya mengambil keuntungan saya dengan tidak mengeluarkan pelaburan?

Ya, anda boleh berbuat sedemikian. Untuk menerima sebahagian daripada keuntungan, sila memohon 'rollover'. Pilihan ini boleh didapati di bahagian Kabinet Pelaburan PAMM. Pilihan ini hanya aktif untuk pelaburan yang menguntungkan. Kedua-dua pedagang PAMM dan pelabur PAMM boleh menggunakan pilihan.


Apakah rollover dalam sistem PAMM InstaForex?

Rollover adalah merupakan pilihan yang membolehkan anda mengambil keuntungan tanpa perlu membuat pengeluaran pelaburan. Apabila rollover diaktifkan, pelabur PAMM dan pedagang PAMM akan menerima keuntungan mereka mengikut nisbah peruntukan keuntungan.


Adakah mungkin bagi seseorang pedagang PAMM untuk menyahaktifkan perkhidmatan PAMM (mengeluarkan akaun dari senarai pemantauan)?

Di bahagian Kabinet Pelanggan, anda boleh mengaktifkan Menyingkirkan Akaun daripada fungsi pemantauan yang mana ia akan memadam akaun dari pemantauan. Jika anda ingin mendaftar di dalam sistem PAMM InstaForex sebagai pengguna lain (contohnya, pelabur PAMM dan bukannya Pedagang PAMM, atau sebaliknya), anda hanya perlu membuka akaun baru. Seseorang pelanggan itu boleh mendaftar seberapa banyak akaun dengan InstaForex.


Can I invest a bonus in a PAMM trader account?

No, you cannot invest bonus funds in PAMM.


Data peribadi pedagang PAMM apakah yang disediakan kepada pelabur PAMM?

Pelabur PAMM boleh melihat maklumat yang berikut tentang pedagang PAMM dalam pemantauan: nombor akaun, nama projek, ICQ dan YM, dan nama dan e-mel daripada seorang pedagang jika dia ada menyatakan. Maklumat tambahan boleh didapati selepas melabur.


Data peribadi pedagang PAMM apakah yang disediakan kepada pelabur PAMM?

Pedagang PAMM boleh melihat bilangan akaun pelabur, nombor telefon dan e-mel yang berdaftar di dalam sistem PAMM.


Bolehkah akaun pedagang PAMM mendapatkan bonus?

No, a PAMM trader can't get a bonus.


Bolehkah akaun dengan bonus didaftarkan sebagai akaun pedagang PAMM? Dan apakah yang akan berlaku pada bonus itu?

Akaun dengan bonus boleh didaftarkan sebagai akaun pedagang PAMM. Bonus tidak akan dibatalkan dan akan disimpan sebagai dana Pedagang PAMM.


Jika pelabur menambah semula dana ke dalam akaunnya, menerima bonus dan kemudian melabur dana, adakah bonus itu akan dibatalkan?

The Welcome bonus can't be invested.


Dimanakah pelabur boleh melihat kadar komisen yang telah ditetapkan oleh pedagang?

Di bahagian Pemantauan. Jika permohonan pelaburannya telah diterima, kadar komisen pedagang juga boleh didapati di bahagian Pelaburan Saya di Kabinet PAMM.


Bilakah wang yang didepositkan oleh pemegang akaun akan dipaparkan pada pemantauan akaun PAMM?

Secara puratanya, ia akan dapat dilihat dalam carta satu jam dan dalam tempoh 5-10 minit di senarai pemantauan.


DAdakah rakan niaga menerima komisen afiliasi bagi setiap perdagangan pelanggannya (bagi mereka yang menjadi pedagang PAMM) dengan dana yang dilaburkan?

Ya, mengikut prosedur biasa.


Bagaimanakah kerugian itu dibahagikan diantara pedagang dan pelabur? Adalah ia berkadaran dengan saham mereka yang mengambil bahagian dalam perdagangan atau mengikut peruntukan keuntungan?

Kerugian akan dibahagikan berkadaran dengan pelabur dan pedagang saham dalam akaun. Kadar komisen pedagang adalah tidak penting dalam kes ini.


Adakah terdapat kemungkinan bahawa statistik keuntungan daripada projek PAMM yang dipaparkan pada widget mungkin tidak bertepatan dengan data dalam senarai pemantauan PAMM?

Widget yang berbeza disediakan untuk pelanggan InstaForex. Sebagai contoh, terdapat widget yang memaparkan statistik keuntungan projek PAMM dari segi keseimbangan dan ekuiti manakala pemantauan dengan statistik akaun PAMM menunjukkan data ekuiti sahaja.


Berapa kerapkah maklumat pada widget projek PAMM dikemaskini?

Data Statistik pada widget projek PAMM akan dikemas kini setiap satu jam. Oleh itu, mungkin akan terdapat sedikit perbezaan di antara data yang dipaparkan pada widget dan data dalam senarai pemantauan.


Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget